<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Nov 14, 2006
Kajian:Faktor yang mempengaruhi orang ramai makan di kedai makanan mamak

BAB 1

 

PENDAHULUAN

 

1.1    Pengenalan.

 

            Pemakanan yang baik merupakan keperluan asas untuk kesihatan  tubuh badan.Makanan dapat membekalkan nutrien dan kekurangan nutrien boleh mengubah kelakuan serta menjejaskan kerja harian individu. Kekurangan zat besi,contohnya boleh melibatkan sintesis neurotransmitter yang mana ia boleh menjejaskan tingkah laku, daya tumpuan, kebolehan belajar dan berfikir               ( Kirshmann,1996 ). Dalam kehidupan manusia peringkat remaja dan belia berada pada puncak pertumbuhan fizikal. Mereka memerlukan bukan sahaja kadar nutrien yang tepat, malah aspek-aspek lain yang berkaitan dengan makanan juga perlu diberi perhatian.

 

            Apabila seseorang itu bekerja pula,  keperluan  makanan juga perlu untuk tenaga semasa bekerja. Masa untuk menyediakan  makanan amat terhad, oleh yang demikian, mereka ini akan menikmati  hidangan tengah hari  ataupun malam di kedai–kedai berhampiran. Restoran makanan mamak merupakan salah satu di antara pilihan ramai. Kewujudan restoran kedai makanan mamak banyak memudahkan mereka yang bekerja, menikmati hidangan dengan mudah. Restoran yang dibuka 24 jam sehari dapat menarik minat pelanggan ke tempat mereka. Hidangan yang dihidangkan juga nampak menyelerakan.

 

            Untuk memastikan pelanggan datang ke kedai, pelbagai usaha dibuat seperti menyediakan juadah yang menepati pilihan ramai, menjalankan perniagaan sehingga dua  puluh empat jam, layanan yang mesra dan menyediakan hiburan melalui media elektronik. Ini semua dibuat khusus untuk menarik perhatian pelanggan.

 

 

 

 

1.2   Latar belakang masalah.

 

1.2.1        Kedai makanan mamak sentiasa dikunjungi ramai.

1.2.2        Kari mamak merupakan daya tarikan pelanggan.

 

 

BAB 2

 

 

PENYATAAN MASALAH

 

 

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak?

 

 

2.1  Persoalan kajian.

 

2.1.1       Sejauh manakah jenis makanan mempengaruhi orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak? 

 

2.1.2       Bagaimanakah perkhidmatan ke atas pelanggan oleh pekerja boleh menarik minat orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak?

 

2.1.3       Sejauh manakah faktor harga makanan dapat menarik minat orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak?

 

2.1.4       Sejauhmanakah kedudukan lokasi mempengaruhi orang ramai untuk datang ke kedai makanan mamak?

 

2.1.5       Bagaimanakah faktor persekitaran menarik minat orang ramai makan di kedai makanan mamak?

 

 

2.2      Objektif kajian.

 

2.2.1  Mengetahui faktor jenis makanan di kedai makanan mamak dapat mempengaruhi orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak.

 

2.2.2  Mengetahui bahawa perkhidmatan ke atas pelanggan oleh pekerja boleh menarik minat orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak.

 

2.2.3  Mengetahui faktor harga makanan dapat menarik minat orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak.

 

2.2.4  Mengetahui bahawa kedudukan lokasi mempengaruhi orang ramai untuk datang ke kedai makanan mamak.

 

2.2.5  Mengetahui bahawa faktor persekitaran menarik minat orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak.

 

2.3     Kepentingan kajian.

 

Sebagai panduan kepada peniaga-peniaga kecil serta restoran-restoran makanan agar dapat menjalankan perniagaan dengan berjaya dan berdaya saing. Justeru itu, mini kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan kepada para peniaga terutama yang baru hendak memulakan perniagaan. Selain itu, mini kajian ini dapat menjawab permasalahan tentang kemerosotan perniagaan yang timbul di kalangan mereka sebagai peniaga kedai makanan.

 

Selain peniaga, kajian ini juga berguna kepada pelanggan tetap kedai makanan mamak kerana mereka dapat mengetahui faktor-faktor yang selama ini yang menyebabkan mereka selalu datang ke kedai makanan mamak.  Mungkin selama ini mereka tidak mengetahui mengapa mereka selalu datang ke kedai makanan mamak.

 

 

2.4      Rasional kajian.

 

Rasional kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana faktor jenis makanan, perkhidmatan, harga, lokasi dan persekitaran mempengaruhi minat orang ramai untuk datang makan di kedai makanan mamak.

 

 

 

 

 

 

BAB 3

 

METODOLOGI

 

3.1   Pengenalan.

 

 

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai metodologi kajian yang akan dijalankan bagi mendapatkan data.  Skop kajian yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, persempelan kajian, tempat kajian, instrument kajian, batasan kajian dan prosedur mengumpul data.  Disamping itu penerangan kaedah analisis data juga diterangkan dalam bab ini.

 

3.2   Prosedur Kajian.

 

 

Kajian ini dijalankan mengikut beberapa prosedur dari satu peringkat ke satu peringkat (lihat jadual).  Pada peringkat pemilihan tajuk dilakukan dengan berlandaskan kajian rambang serta membuat bacaan daripada sumber-sumber berkaitan.  Langkah seterusnya membuat perbincangan dengan  pembimbingan bagi menentukan bidang kajian yang perlu dilakukan. 

 

 

Peringkat kedua pembinan proposal dan menjalankan strategi kajian.  Kemudian instrument kajian disediakan dengan melakukan ujian rintis.  Setelah set instrument sesuai maka edaran kepada responden dilakukan.  Peringkat seterusnya mengumpul data dan membuat analisis.  Langkah akhir adalah membuat rumusan dan cadangan.

 

 

3.3   Batasan kajian.

 

Kajian ini terbatas kepada pelanggan-pelanggan yang datang makan di kedai makanan mamak di sekitar Taman Universiti,Taman Teratai dan Taman Sri Pulai. Kami memilih tiga lokasi berkenaan kerana terdapat lapan buah kedai makanan mamak. Setiap kedai yang kami kunjungi rata-rata mempunyai ramai pelanggan terutama pada watu petang. Oleh sebab itu, kami memilih tiga buah taman sahaja sebagai batasan kajian kami.

 

 

 

3.4   Rasional kajian.

 

Rasional kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana faktor jenis makanan, perkhidmatan, harga, lokasi dan persekitaran mempengaruhi minat orang ramai untuk datang makan di kedai makanan mamak.

 

 

3.5   Rekabentuk Kajian.

 

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk diskriptif (perihalan) yang menerangkan fenomena dengan membuat analisis data deskripsi yang diperolehi daripada soal selidik yang dikumpul daripada sempel.  Berdasarkan Tuckmen(1988) kajian deskripsi menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperoleh daripada soal selidik atau media-media lain.

 

Menurut Majid Konting ( 1994) pula, menyatakan bahawa kajian deskriptif menjelaskan mengenai fenomena semasa sama ada secara kuantitatif atau secara kualitatif.

 

Demikian juga pendapat Van Dalen (1993) menyatakan, kajian tinjauan secara deskriptif adalah kajian terhadap perkara yang sedang berlaku.  Kaedah ini melibatkan pengumpulan data-data, membuat interprestasi (taksiran), membuat perbandingan dan merumus generalisasi (kesimpulan secara umum).

 

3.6   Persempelan Kajian.

 

Sampel kajian terdiri daripada penduduk di sekitar  Taman Universiti, Taman Teratai dan Taman Sri Pulai. Sampel dipilih secara rawak ke atas 50 orang penduduk. Sempel kajian ini ditulis oleh penduduk dalam lingkungan usia 18 hingga 40 tahun ke atas. Kami mengedarkan sampel kajian ini di kedai makanan mamak berkenaan.

 

3.7   Skop kajian.

 

            Kajian ini hanya terbatas dijalankan terhadap penduduk di sekitar Taman Universiti,Taman Teratai dan Taman Sri Pulai.ai dalam lingkungan usia 18 hingga 40 tahun ke atas. Faktor umur juga merupakan salah satu faktor kedatangan orang ramai ke kedai makanan mamak.

 

3.8   Kaedah pungutan data.

 

Pungutan data dilakukan dengan mengedarkan set borang soal selidik yang perlu dilengkapkan dalam tempoh 3 hingga 5 minit.  Set borang soal selidik yang diberi kepada responden bagi tujuan pengumpulan maklumat akan dipungut setelah responden selesai menjawab.

 

3.9   Instrument kajian.

 

 

Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik ( rujuk lampiran).  Soal selidik dipilih sebagai instrument untuk mendapatkan maklumat data daripada responden.  Menurut Van Dalen (1993) soal selidik merupakan satu cara paling mudah memperoleh maklumat.  Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibanding dengan cara-cara lain dalam usaha menyelidik mendapatkan maklumat kualitatif dan kuantitatif.  Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A menggunakan skala norminal adalah soalan yang perlu ditanda oleh responden berkaitan latar belakang mereka.  Bahagian B pula soalan berkaitan kecenderungan responden untuk makan di kedai makanan mamak.  Skala yang digunakan untuk mengukur pemarkahan bahagian B bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah skala likert lima peringkat iaitu 1, 2, 3, 4, dan 5. 

 

 

Markah

Maklum Balas

Singkatan

5

Sangat Setuju

SS

4

Setuju

S

3

Tidak Pasti

TP

2

Tidak Setuju

TS

1

Sangat Tidak Setuju

STS

 

Jadual 3.1  :  Jadual pemarkahan untuk skala Likert.

 

Soalan bahagian B terdiri daripada soalan berkaitan sumber faktor penyebab dalam lingkungan aspek-aspek:

 

 

3.10         Kajian Rintis

 

Bagi menentukan item-item bagi soal selidik yang digunakan bagi kajian ini relevan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kajian rintis telah dijalankan.  Dalam kajian rintis ini sebanyak 50 sampel terdiri daripada pelbagai kaum telah dipilih.

 

3.11         Analisis dan persembahan data.

 

            Data yang dikumpul dari kedua-dua bahagian A dan B akan dianalisis menggunakan perisian SPSS.  Data bahagian a yang mengandungi 5 soalan berkaitan aspek latar belakang responden iaitu data demografi digunakan sebagai mengukur bagaimana item tersebut mempengaruhi pengetahuan respon dalam pemilihan makanan mereka.  Taburan jadual analisis data adalah berdasarkan berikut:

 

 

3.11.1    Jadual taburan mengikut bangsa.

3.11.2    Jadual taburan mengikut jantina.

3.11.3    Jadual taburan mengikut umur.

Posted at 08:02 am by ismailutm

zamall
February 11, 2012   01:04 PM PST
 
slm sy sudah membuka restoran mcm mana cara utk para rombungan menempah makanan di restoran sy
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry